Polis siasat dakwaan tahanan Rohingya penuhi pasar borong

May 31, 2022 · Isu semasa

Polis sedang mengumpul maklumat mengenai dakwaan kehadiran kira-kira 60 tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Sementara Imigresen di Kedah, April lalu berada di Pasar Selayang dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya akan mengambil tindakan yang bersesuaian seperti menjalankan sekatan jalan raya (SJR) sekiranya terdapat bukti kukuh tahanan berkenaan berada di kawasan itu.

Beliau berkata ketika ini polis dan Jabatan Imigresen sedang bermesyuarat bersama mengenai 60 tahanan Rohingya yang dipercayai masih bebas itu.

“Sekiranya ada maklumat tertentu, kami (Jabatan Imigresen) akan membuat tangkapan dan kami sememangnya telah bersedia. Ketika ini, polis sedang menunggu arahan dari Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya di Dataran Dinamik Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju, di sini hari ini.

Azmi berkata sebelum ini pihaknya telah menjalankan SJR susulan terdapat dakwaan kumpulan berkenaan pergi ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi mendapatkan perlindungan.

“Kita juga ada melakukan risikan namun operasi berkenaan telah dihentikan,” katanya.

Pada April lepas, dilaporkan sebanyak 528 pelarian Rohingya melarikan diri dari depot tahanan sementara itu dan baru-baru ini kelibat mereka didakwa dikesan di sekitar Pasar Borong Selayang dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan terkini kes amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan bawah umur di Kuala Lumpur dan Selangor oleh jurulatih wusyu di sebuah akademi di Cheras, di sini, Azmi berkata kes berkenaan telah dirujuk ke Bukit Aman.

“Kes berkenaan sudah dirujuk ke Bukit Aman dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada 23 Mei lepas, polis menahan seorang jurulatih wusyu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan.

Suspek berusia 30-an yang bertugas di sebuah akademi wusyu di Cheras, di sini juga pernah ditahan polis daerah Kajang atas tuduhan sama baru-baru ini.

Berita berkaitan
Penganggur terdengar ‘bisikan’ suruh tikam ibu
24 jam lalu· Isu semasa
Wanita didakwa buat hantaran gambar lucah di Twitter
July 5, 2022· Isu semasa
Tiga sekeluarga termasuk wanita hamil dikhuatiri hilang di Baling
July 5, 2022· Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
22 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
46 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
52 minit lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
1 jam lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok