Polis siasat anggota trafik iring anak Azeez Rahim redah kesesakan

May 8, 2022 · Isu semasa

Polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggota trafik kerana mengiringi individu dipercayai anak lelaki Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menggunakan motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis juga menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu setelah rakaman video tular di media sosial sejak semalam.

Menurutnya satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik PDRM di Jalan Bukit Gambir, di Georgetown.

“Pada Sabtu (7 Mei 2022) kira-kira jam 8.36 malam terkesan satu rakaman video yang tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun anwarazeez dan rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik PDRM.

“Pihak polis Pulau Pinang mengesahkan berkenaan kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Gambir itu dan pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi klip video itu yang dimuat naik di laman sosial Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak Azeez Rahim

Paparan video berkenaan mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati dengan individu tersebut yang menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menyarankan kerajaan memansuhkan khidmat polis pengiring kepada menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat.

Dia menyifatkan perkhidmatan itu sebagai pembaziran terhadap tenaga kerja polis

“Sudah tiba masanya kita mansuhkan khidmat outrider polis kepada menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat.

“Menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat, jauh lagi kaum kerabat mereka, semuanya bukan raja,” katanya.

“You nak kejar masa, you keluar awal, kalau tak, you selesaikan masalah kesesakan lalu lintas supaya semua pengguna jalan raya boleh sampai ke destinasi dengan selesa. Tak perlu outrider,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini..

Berita berkaitan
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023· Isu semasa
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023· Politik
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok