Polis serbu kondo, tahan 6 anggota sindiket penipuan pekerjaan

August 16, 2022 · Isu semasa

Polis menahan enam individu susulan serbuan ke atas sebuah pusat panggilan sindiket penipuan pekerjaan di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, semalam (15 Ogos 2022).

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, mereka yang ditahan dalam serbuan itu adalah dua lelaki tempatan, dua wanita tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita dari Indonesia berusia antara 20 dan 31 tahun.

“Kami turut merampas enam komputer riba, 12 telefon bimbit dan 10 kad sim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi sejak bulan lalu dengan menyasarkan mangsa dari Indonesia melalui Shopee, katanya.

“Mereka menggunakan pelan internet prabayar untuk mengakses web seluruh dunia.

“Suspek telah berkomunikasi antara satu sama lain sejak kira-kira empat bulan lalu. Mereka ditawarkan pekerjaan di pusat panggilan melalui Facebook,” katanya.

Amihizam berkata suspek dibayar antara RM3,000 dan RM3,500 sebulan serta kira-kira 5 peratus komisen untuk setiap tugas yang berjaya.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan yang tidak jelas yang menjanjikan gaji lumayan.

“Sahkan sebarang tawaran kerja sebelum membuat keputusan,” katanya.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai sebarang penipuan untuk menghubungi Pusat Respons Penipuan CCID di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599.

“Mereka yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah boleh menghubungi polis Brickfields di talian 03-22979222, talian hotline polis KL di 03-2146 0584/0585 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
2 jam lalu· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Zahid sakit saluran kencing pula, perbicaraan hari ini berakhir awal
August 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
2 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
2 jam lalu · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok