Polis serah kes MB Selangor, tender projek Sungai Klang kepada SPRM

March 2, 2023 · Isu semasa

Polis menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kes Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang didakwa ada kaitan dengan sebuah syarikat dianugerahkan tender projek mendalam dan melebarkan Sungai Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, oleh kerana dakwaan dibuat wakil Perikatan Nasional (PN) itu mengandungi unsur rasuah, maka pihaknya menyerahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini hanya satu laporan diterima dan ia dilihat mempunyai elemen rasuah, justeru kes berkenaan diserahkan kepada SPRM,” katanya pada sidang media hari ini (2 Mac 2023) seperti dilapor BH.

Semalam, PN Selangor menggesa PDRM menyiasat pembabitan Amirudin dengan sebuah syarikat didakwa dianugerahkan projek bernilai RM700 juta secara rundingan terus oleh kerajaan negeri.

Gesaan itu selepas tular di media sosial mendakwa Amirudin menyalah guna kuasa dan mempunyai konflik kepentingan dengan menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar bagi menganugerahkan projek terbabit kepada syarikat berkenaan.

Namun semalam, Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), Syaiful Azmen Nordin dilaporkan berkata, projek bagi tujuan meningkatkan kapasiti sungai untuk menangani isu pencemaran dan banjir itu, tidak membabitkan suntikan tunai daripada kerajaan Selangor.

Beliau berkata, kos itu akan dibiayai melalui tanggungan premium tanah yang bakal dibangunkan berjumlah RM117 juta, tanggungan hutang RM54 juta dan selebihnya melalui penerokaan pembiayaan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor).

Katanya lagi, kertas cadangan mengenai pendalaman serta pelebaran dibawa syarikat itu kepada kerajaan negeri selepas kejadian banjir besar pada 2021 dan anggaran kos projek RM700 juta diperolehi selepas sesi libat urus dengan agensi berkaitan serta pihak perunding.

Semalam juga, Amirudin menyifatkan laporan polis dibuat PN terhadapnya berhubung ibarat menghantar ‘peluru kapur’, sebagai tindakan untuk menyerang kerajaan negeri pimpinannya, selain seolah-olah mahu menggambarkan bahawa terdapat kepentingan peribadi dalam isu berkait syarikat itu.

Beliau menjelaskan, kehadirannya dan EXCO Selangor, Izham Hashim dalam syarikat terbabit bukan atas dasar peribadi, sebaliknya mewakili kerajaan negeri untuk memastikan kepentingan kerajaan negeri dijamin dengan selesa, tidak terganggu dan tidak terkurang.

MB Selangor sahkan nama dalam syarikat didakwa dapat tender rundingan terus: Laporan

Berita berkaitan
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
23 jam lalu· Isu semasa
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok