Polis Selangor sudah dapat rakaman Fahmi dalam masjid

August 1, 2023 · Isu semasa

Siasatan terhadap Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini turut disiasat Polis Selangor.

Rakaman Fahmi semasa berada dalam masjid tersebut sudah diperoleh pihak polis, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan fitnah.

“Kita sudah mendapatkan rakaman ucapan dalam masjid berkenaan dan akan menelitinya untuk siasatan lanjut.

“Kita akan beri maklum balas serta perkembangan mengenai kes terbabit dalam masa terdekat,” kata Hussein ]dipetik laporan BH.

Gambar Fahmi sedang berucap di sebuah masjid di Rawang menjadi tular pada hujung minggu dan dia didakwa menyampaikan ucapan politik.

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Shahzihan Ahmad berkata mereka sedang menyiasat Fahmi berhubung kejadian itu, mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Selangor, kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

Perlu diingat bahawa Selangor mempunyai larangan berpolitik di masjid.

Fahmi telah menafikan berpolitik di masjid, berkata dia diminta oleh jemaah masjid untuk menjelaskan kontroversi yang menyelubungi persembahan kumpulan The 1975.

“Saya singgah untuk solat Zohor sahaja di masjid itu, sebab ia masjid paling dekat dengan lokasi program seterusnya.

“Alang-alang di situ, saya dijemput oleh kariah Masjid untuk ulas sedikit isu Kumpulan 1975.

“Tiada langsung sentuh isu lain,” katanya.

Kumpulan 1975 dari United Kingdom baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas vokalisnya mencium pemain gitar lelaki ketika persembahan di Festival Good Vibes, selepas mengkritik kerajaan kerana melaksanakan dasar anti luar tabii.

Berita berkaitan
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Proses penamaan calon PRK Pulai dan Simpang Jeram berjalan lancar: Polis
August 26, 2023· Politik
Saksi beritahu Zahid cari sumber kewangan lain bina masjid selepas akaun disita
August 22, 2023· Isu semasa
Sekatan portal berita UtusanTV, Fahmi kata tidak tahu-menahu
August 10, 2023· Politik
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
1 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
4 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
4 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok