Polis sedang kesan dokumen, saksi di luar negara dalam kes suami Zeti

March 4, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan dan mengenal pasti beberapa dokumen serta saksi yang berada di luar negara bagi membantu siasatan kes melibatkan suami bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Dr Tawfiq Ayman berhubung dakwaan menerima dana berkaitan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya telah berhubung dengan negara terbabit, namun masih belum menerima maklum balas yang diperlukan, menurut laporan Bernama.

“Kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut, namun kita mendapat arahan untuk mendapatkan dokumen dan saksi-saksi terlibat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Mohd Kamarudin pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya mendapatkan keterangan saksi serta dokumen berkaitan, sebaliknya perlu menunggu lampu hijau dari negara berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Tawfiq menerusi firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co mengeluarkan kenyataan menjelaskan tidak pernah menerima sebarang bentuk rasuah daripada sesiapa.

Kenyataan itu dibuat selepas bekas pengerusi syarikat perbankan Goldman Sachs, Tim Leissner memberi keterangan ketika perbicaraan terhadap bekas pegawainya Roger Ng di Mahkamah Tinggi Brooklyn, New York, baru-baru ini.

Leissner dilaporkan menyebut penglibatan Tawfiq dengan rasuah dalam projek usaha sama PetroSaudi-1MDB.

Berita berkaitan
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu· Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
6 jam lalu· Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
8 jam lalu· Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
23 jam lalu· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
8 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023 · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Kerajaan jamin tindakan terhadap Telegram tidak terlalu jejaskan pengguna
June 3, 2023 · Isu semasa
Zambry kata lawatan sulung ke Perancis satu kejayaan, kukuhkan hubungan
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok