Polis sahkan Sajat ada kad UNCHR, pasport dibatalkan

September 24, 2021 · Isu semasa

Pihak polis mendedahkan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Sajat disahkan memegang Kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), ia selepas penahanannya di Thailand baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan yang berkata bagaimanapun Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah membatalkan pasport antarabangsa usahawan kosmetik itu.

Menurutnya, Sajat memohon kad UNHCR semasa berada di Thailand.

“Dia (Nur Sajat) kini sedang menunggu tawaran pihak negara ketiga bagi membantunya berpindah ke negara terbabit.

“Nur Sajat juga menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya tetap orang yang sama,” katanya dipetik dalam laporan portal.

Terdahulu, Abd. Jalil mengadakan sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak.

Abd. Jalil berkata pihaknya akan terus meneruskan usaha membawa pulang Sajat memandangkan dikehendaki Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis kerana menghalang penjawat awam.

“Polis akan meneruskan proses membawa pulang sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak,” jelasnya.

Abd. Jalil berharap keluarga Nur Sajat dapat membantu menasihatkannya supaya pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah syariah yang tidak seberat mana.

“Kita yakin keluarga boleh bantu menasihatkannya untuk pulang ke negara ini,” katanya.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
2 minit lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
5 minit lalu · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
15 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok