Polis rekod kenyataan pegawai mahkamah isu penghakiman Rosmah

August 29, 2022 · Isu semasa

Polis telah merekodkan kenyataan beberapa individu berhubung dakwaan kononnya keputusan penghakiman melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes rasuah projek solar, dibocorkan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan kenyataan beberapa individu, termasuk pegawai mahkamah, telah direkodkan.

Memetik The Star beliau berkata dalam menjalankan siasatan, polis telah merekodkan kenyataan individu terbabit yang ada kaitan dengan kes itu.

“Kami tidak menolak kemungkinan akan memanggil lebih ramai individu untuk merekodkan kenyataan mereka,” katanya ketika dihubungi pada Isnin (29 Ogos).

Sebelum ini, Beh berkata siasatan telah dimulakan selepas Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan membuat laporan polis.

“Dokumen itu adalah dokumen penyelidikan berhubung kes yang masih dalam perbicaraan dan ia adalah pandangan unit penyelidikan sebagai rujukan hakim.

“Menurut pengadu, dokumen itu akan dipinda berdasarkan penyelidikan dan bukan keputusan muktamad mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis ini (1 September) dijangka membuat keputusan sama ada Rosmah disabitkan atau dibebaskan daripada pertuduhan rasuah melibatkan tender membekal dan memasang tenaga solar hibrid di 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Pada 18 Februari 2021, mahkamah memerintahkan Rosmah membela diri, atas tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah, di pedalaman Sarawak.

Siasatan kes itu dijalankan susulan laporan Raja Petra Kamarudin yang diterbitkan dalam blognya pada 26 Ogos bertajuk “Rosmah Mansor akan diputuskan bersalah pada 1 September 2022”.

“Laporan media ini mendakwa bahawa keputusan mahkamah untuk mendapati Rosmah Mansor bersalah telah pun dibuat. Bagaimanapun, pengadu berkata bahawa dokumen itu bukan penghakiman.

“Polis Kuala Lumpur menasihatkan semua pihak supaya tidak berkongsi artikel yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana membocorkan maklumat sulit, Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat sensitif dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan kebencian.

Keputusan perbicaraan rasuah Rosmah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadualkan dibuat pada Khamis ini (1 September).

Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Dia juga dituduh menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta.

Berita berkaitan
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023· Politik
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
September 25, 2023· Isu semasa
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023· Politik
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
19 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok