Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger

June 28, 2022 · Isu semasa

Adik lelaki kepada ketua kumpulan yang didakwa terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan polis baru-baru ini telah membawa kepada penemuan selaras senjata api tempur.

Senjata api jenis M4 dan 69 butir peluru 5.56mm disembunyikan dalam reban ayam tidak jauh dari tempat polis menahan suspek berusia 35 tahun di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada Ahad (26 Jun).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata sepasukan anggota Unit Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur menyerbu sebuah rumah di Kampung Tumbok di Tanjung Sepat dan menahan lelaki itu yang juga seorang penjual sayur, kira-kira jam 9.30 malam.

“Pihak polis telah berjaya menangkap satu lelaki Cina berusia 35 tahun bekerja sebagai peniaga sayur yang dipercayai saki baki ahli kumpulan Tiger iaitu penjenayah yang ditembak mati pada 18 Jun 2022 yang lalu.

“Hasil siasatan, suspek menunjukkan sebatang paip PVC berukuran 150mm x 94cm dan berjaya merampas selaras senjata api jenis Colt M4 yang dipisahkan yang dibalut dengan plastik lutsinar serta surat khabar dan dua kelopak serta 69 butir peluru jenis 5.56mm.

“Suspek telah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut. Pihak polis masih giat meneruskan siasatan dan risikan untuk mengesan saki baki ahli kumpulan dan juga senjata api,” katanya pada sidang media hari ini.

Azmi berkata dengan tangkapan terbaru itu, polis telah melumpuhkan kumpulan terbabit selepas menahan sembilan lelaki dan seorang wanita secara keseluruhannya.

“Kami percaya kumpulan itu mempunyai hubungan kongsi gelap.

“Kami (juga tidak menolak) kemungkinan kumpulan ini terlibat dalam kejadian letupan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Bukit Bintang di ibu negara pada Oktober 2014,” katanya.

Pada 9 Oktober 2014, 12 orang cedera selepas bom tangan meletup di hadapan Kompleks Matahari di Kuala Lumpur.

Joki kereta Tiong Kwang Yie, 36, meninggal dunia selepas dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital berikutan letupan jam 4.25 pagi itu.

Pertelingkahan di antara kumpulan kongsi gelap dipercayai menjadi punca serangan itu.

Polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi pusat operasi CID di talian 03-2146 0685, pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Hasni Hussin di talian 019-998 4444, talian hotline polis KL di 03-2115 9999, atau balai polis berhampiran.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
21 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok