Polis rampas emas, wang RM28.45j lepas majikan pukul pengawal

April 15, 2021 · Isu semasa

Polis menjumpai wang tunai dan jongkong emas bernilai hampir RM30 juta di sebuah rumah salah seorang suspek yang ditangkap kerana memukul pengawal peribadi kerana berpuasa, semalam.

Emas dan wang tunai itu dirampas di rumah suspek di Bukit Tinggi, Klang. Lelaki terbabit dipercayai menjadi ketua sindiket judi dalam talian dan along yang beroperasi di beberapa negeri.

Polis turut merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru milik salah seorang mangsa dan senjata api itu adalah kepunyaan syarikat kawalan keselamatan.

Kegiatan sindiket yang berselindung di sebalik sebuah syarikat itu terbabit terbongkar susulan siasatan polis ke atas lima suspek yang terlibat dalam insiden memukul pengawal peribadi di Klang Selatan dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, syarikat yang menjalankan kegiatan jenayah itu adalah milik suspek utama iaitu ahli perniagaan bernama Cheung berusia 43 tahun yang direman tiga hari bermula hari ini.

Susulan tangkapan itu, polis menyerbu rumah milik salah seorang suspek di Klang dan mermapas wang tunai AS$12,500 dan 100 keping emas seberat 100 kilogram iaitu 1 kilogram setiap keping dan jumlah rampasan bernilai RM28.45 juta.

Dalam serbuan polis turut merampas lima telefon bimbit disyaki milik semua suspek termasuk rotan yang digunakan suspek memukul dan mencederakan mangsa.

Arjunaidi berkata, siasatan lanjut polis mendapati suspek terbabit dalam aktiviti haram, along dan judi haram.

“Kita akan menyiasat secara lebih mendalam dalam semua aspek menggunakan segala ruang seksyen yang ada membabitkan syarikat majikan itu dan sindiket kegiatan haram yang dijalankan mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok