Polis rampas ekstasi RM26.5 juta, tahan dalang, tiga wanita China

May 29, 2022 · Isu semasa

Polis merampas sejumlah besar pil ekstasi setelah menyerbu dua unit kondominium mewah yang dijadikan sebagai tempat pemprosesan dadah itu di sekitar ibu negara, Khamis lalu.

Dalam serbuan jam 4.30 petang itu juga polis menahan seorang lelaki disyaki dalang kegiatan itu, serta tiga wanita warga China yang dipercayai turut terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua yang ditahan itu berumur 48 hingga 56 tahun, lapor Bernama.

Beliau berkata kondominium mewah itu disewa RM2,500 sebulan tiap satu unit dan ia digunakan sebagai tempat untuk memproses dadah, sebelum dijual kepada pelanggan di kelab malam serta pasaran tempatan, dan kegiatan mereka dipercayai telah aktif sejak hujung tahun lepas.

“Sejumlah pil dan serbuk dadah jenis ekstasi dianggarkan bernilai RM26.5 juta dan dua kenderaan, wang tunai, jam tangan serta barang kemas dirampas dalam serbuan itu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Menurutnya semakan mendapati tiga wanita warga asing itu masuk ke negara ini empat hingga lima tahun lalu menggunakan pas lawatan sosial.

Beliau berkata kesemua mereka yang didapati negatif dadah dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu Ayob Khan berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang bekas diplomat Malaysia bersama anak lelakinya yang ditahan kerana disyaki menanam dan memiliki ladang pokok ganja di Janda Baik, Pahang pada 21 Mei lepas.

“Bekas diplomat berusia 78 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat semalam, dan anaknya masih ditahan reman sehingga esok, mungkin akan disambung reman,” katanya.

Katanya kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

Selasa lepas media melaporkan polis menahan seorang bekas diplomat bergelar Datuk dan anak lelakinya berusia 53 tahun yang dipercayai terlibat menanam 102 pokok disyaki ganja di sebuah rumah di Kampung Sum Sum, Janda Baik, Bukit Tinggi, Pahang.

Berita berkaitan
Penganggur terdengar ‘bisikan’ suruh tikam ibu
July 5, 2022· Isu semasa
Tiga sekeluarga termasuk wanita hamil dikhuatiri hilang di Baling
July 5, 2022· Isu semasa
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022· Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kedah tanggung enam bulan sewa rumah mangsa banjir Baling: MB
12 minit lalu · Isu semasa
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
23 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
59 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok