Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu

August 9, 2022 · Isu semasa

Polis menahan empat lelaki dan dua wanita selepas menemukan 38.161 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai lebih RM1.3 juta yang disorokkan di bahagian belakang kenderaan jenis Honda City di Jalan Sultan Ismail, di ibu negara, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata dadah itu ditemukan semasa sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah memeriksa sebuah kereta Toyota Vellfire dan sebuah Honda City yang dilihat mencurigakan sekitar tengah hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati dadah methamphetamine disorokkan di bahagian belakang kereta Honda City, selain 1.7 gram dadah jenis methamphetamine turut dijumpai di dalam pemilikan salah seorang daripada suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kereta Honda City itu dinaiki dua lelaki manakala Toyota Vellfire dinaiki seorang lelaki serta dua wanita, dan kedua-dua kenderaan itu dipercayai tiba dari Pantai Timur Semenanjung, dalam perjalanan untuk menghantar bekalan dadah berkenaan.

“Susulan penahanan lima suspek itu, polis menahan seorang lagi lelaki kira-kira 6.15 petang hari yang sama di Jalan Chendana di sini, dipercayai ahli sindiket yang berperanan sebagai penerima dan ‘runner’ dadah,” katanya.

Noor Dellhan berkata hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek yang berumur 20 hingga 49 tahun itu mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine, dan kesemua suspek kini direman sehingga 15 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

Berita berkaitan
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022· Isu semasa
Polis siasat kehilangan wanita, dipercayai mangsa culik
September 14, 2022· Isu semasa
Popular
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
September 28, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kon sangkut di kepala
September 27, 2022
Nilai ringgit kekal menyusut berbanding dolar pagi ini
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Maybank tukar SMS OTP kepada Secure2u menjelang Jun 2023
47 minit lalu · Isu semasa
Semakan kes SRC Najib: Shafee tulis surat minta perbicaraan dipercepat
1 jam lalu · Isu semasa
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
2 jam lalu · Isu semasa
1,552 kes semalam, 6 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit kekal menyusut berbanding dolar pagi ini
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
17 jam lalu
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok