Polis rampas 141.4kg dadah bernilai RM8 juta, 11 ditahan

July 14, 2022 · Isu semasa

Satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah tumpas apabila polis menahan 11 individu dan merampas 141.4 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM8.07 juta di sekitar Lembah Klang, pada Jumaat lepas.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kesemua mereka berusia 22 hingga 38 tahun yang ditahan dalam lima serbuan itu terdiri daripada sembilan lelaki tempatan serta seorang lelaki dan wanita warga asing, lapor Bernama.

Beliau berkata dadah yang dirampas melibatkan 106.3kg ketamin, 18.6kg pil eramin 5 dan 16.5kg pil ekstasi dan dipercayai boleh digunakan oleh seramai 502,257 penagih dadah.

“Sindiket ini mula aktif sejak Februari lepas. Modus operandi mereka adalah menjadikan premis kediaman sebagai tempat memproses dan stor simpanan dadah, sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan terutama di sekitar Lembah Klang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan suspek direman tujuh hari bermula 9 Julai. Dua daripada mereka mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah dan jenayah yang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan juga diambil di bawah ADB (pelucuthakan harta) 1988 dengan menyita pelbagai aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM582,331 yang terdiri daripada lapan kenderaan bernilai RM522,800, wang tunai berjumlah RM20,330 dan barang kemas bernilai RM39,201.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM8.65 juta. Dengan operasi ini, PDRM telah menumpaskan satu sindiket memproses serta mengedar dadah untuk pasaran tempatan dan akan meneruskan siasatan untuk mengesan saki baki ahli sindiket,” katanya.

Beliau berkata PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus berusaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah dan berharap masyarakat terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dadah yang berlaku melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok