Polis rakam keterangan suspek dakwa pelajar maut selepas vaksin

October 4, 2021 · Isu semasa

Polis merakam percakapan beberapa individu termasuk seorang suspek yang terlibat berhubung dakwaan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai yang meninggal dunia selepas divaksinasi.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek wanita berusia 39 tahun itu telah dirakam percakapannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, semalam. Terdahulu, satu rakaman video berhubung dakwaan tersebut tular menerusi media sosial, baru-baru ini.

“Kami telah merakam percakapan semua yang terlibat dalam kes ini iaitu pengarah kesihatan Ulu Kinta, pengetua sekolah berkenaan, pegawai perubatan yang merawat pelajar terbabit, keluarga pelajar tersebut serta saksi yang berada bersama suspek semasa membuat kenyataan di dalam video yang tular.

“Semasa rakaman percakapan diambil ke atas suspek, beliau mengaku ada membuat kenyataan di dalam video yang tular tersebut,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Mior melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Michael hari ini.

Mior Faridalthrash berkata kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 505(b) kanun sama kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam.x

Menurutnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk melakukan pendakwaan terhadap suspek.

Pada 29 Sept lepas, Mior Faridalathrash berkata dakwaan dua pelajar SMK Tasek Damai di sini meninggal dunia akibat vaksin COVID-19 menerusi rakaman video yang tular adalah tidak benar.

Menurutnya hasil semakan mendapati dua pelajar sekolah berkenaan dilaporkan meninggal dunia sebelum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang bermula pada 20 Sept lepas di negeri ini.

“Seorang pelajar perempuan meninggal dunia disebabkan positif COVID-19 pada 18 Julai manakala seorang lagi pelajar lelaki meninggal dunia akibat sakit jantung pada 17 Sept lepas,” katanya.

Berita berkaitan
Tahanan maut terjun bangunan IPD, polis siasat aspek kecuaian
June 4, 2021· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Najib terkejut tak dapat tangguh perbicaraan, permohonan ditolak
August 16, 2022
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Sedia berdepan jika didakwa di mahkamah, kata Hishammuddin
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,429 kes, 9 kematian dan empat kluster baharu Covid-19 semalam
1 jam lalu · Isu semasa
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
12 jam lalu · Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
13 jam lalu · Isu semasa
Senator gesa tubuh RCI siasat skandal LCS, nyahklasifikasi dokumen sulit
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok