Polis pertingkat kawalan, nafi laporan Sulu rancang serang Sabah

December 9, 2021 · Isu semasa

Polis Sabah menafikan laporan berita South China Morning Post (SCMP) yang mendakwa 19 ‘datuk bandar’ dari Selatan Filipina terbabit dalam rancangan baharu untuk menyerah negeri itu.

Walaupun menafikan ada rancangan berkenaan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah memaklumkan pihak polis sentiasa meningkatkan kawalan keselamatan.

“Tak benar. Walaupun begitu kita (polis Sabah) akan tingkatkan keselamatan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, hari ini.

Terdahulu, SCMP yang memetik sumber mendakwa satu mesyuarat rahsia melibatkan 19 datuk bandar diadakan bagi membincangkan mengenai rancangan merekrut 600 individu untuk menyerang Sabah serta menghantar pengintip.

Menurut laporan media tersebut, difahamkan pertemuan itu diatur oleh pegawai kanan kerajaan tempatan di selatan Filipina.

Mesyuarat yang diadakan pada 1 Disember itu dikendalikan oleh seorang pegawai tempatan wilayah Sulu, yang mengumpulkan 19 datuk bandar Kepulauan Sulu bagi membincangkan rancangan menubuhkan “Tentera Diraja Sulu” dengan sasaran merekrut sehingga 600 anggota untuk menyerang Sabah, lapor SCMP.

Sumber itu berkata Februari 2022 dilihat sebagai waktu terbaik untuk melakukan serangan sebagai ‘memperingati’ pencerobohan ke atas Sabah lapan tahun lalu oleh pejuang Sulu, kata sumber itu.

Sementara itu Bernama juga melaporkan khabar angin berhubung plot rahsia dari Selatan Filipina untuk menawan Sabah diterima perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sejak awal bulan ini.

Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad berkata pihaknya cuba mendapatkan maklumat-maklumat tambahan serta pengesahan berhubung khabar angin itu daripada pihak keselamatan di Filipina.

“Khabar angin seumpama ini tersebar setiap kali pilihan raya di negara itu (Filipina) semakin hampir dan khabar angin ini dikhuatiri dijadikan plot propaganda untuk pilihan raya di sana dalam meraih undi,” katanya.

Namun menurutnya, ESSCom tidak pernah mengambil ringan sebarang ancaman, malah setiap maklumat atau khabar angin yang diperoleh dianggap serius dan perlu disiasat.

“Ini menggambarkan komitmen sebenar pasukan keselamatan dalam memastikan kedaulatan Sabah tidak diganggu-gugat pihak luar yang berniat jahat menimbulkan kekacauan dan ketegangan di negeri ini,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
18 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
18 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok