Polis perketat kawalan di plaza tol, sempadan negeri

April 21, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketat plaza tol di ibu negara dan di setiap jalan masuk sempadan negeri melalui sekatan jalan raya bagi mengawal pergerakan rentas negeri dalam mengekang wabak Covid-19 yang direkodkan mencecah lebih 2,000 kes sejak beberapa hari lepas.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata gerakan memperketatkan pergerakan rentas negeri dibuat susulan arahan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

“Ketika ini perjalanan merentas negeri sedang diperketatkan di plaza-plaza tol. Selain itu, (perjalanan) rentas negeri masih terkawal di jalan masuk sempadan negeri oleh sekatan jalan raya di bawah pentadbiran Ketua Polis Negeri masing-masing,” katanya.

Isnin lepas, Acryl Sani dilaporkan berkata pergerakan rentas negeri bagi tujuan pekerjaan, perubatan dan pendidikan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis, manakala bagi tujuan kecemasan dan kematian yang dibenarkan hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak serta adik-beradik.

Pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis dan jamuan lain pula adalah dilarang.

Ia ekoran PDRM mengambil serius peningkatan kes baharu Covid-19 sejak beberapa hari lepas dan usaha untuk mengekang penularan wabak itu telah diperketatkan.

Mengulas mengenai aliran trafik di plaza-plaza tol utama, Azisman berkata ketika ini aliran trafik adalah lancar dan berjalan seperti biasa.

“Aliran trafik seperti biasa (dan) lancar. Walaupun ada sedikit peningkatan (aliran trafik) tetapi masih lagi terkawal. Hanya pada waktu puncak, berlaku sedikit kesesakan waktu pergi pejabat dan di sebelah petang untuk balik dari pejabat ke rumah,” katanya.

Berita berkaitan
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Sekat media kritik kerajaan, Sanusi kata tindakan bacul
October 21, 2023· Politik
Kenderaan ke Genting Highland akan dikenakan tol tidak lama lagi: Laporan
October 19, 2023· Isu semasa
3,997 laman sesawang langgar undang-undang sudah disekat SKMM
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok