Polis nafi samseng iring van mayat halang lalu lintas di Klang

September 19, 2022 · Isu semasa

Polis menafikan kumpulan samseng terlibat dalam perarakan mengiringi van mayat dan menghalang lalu lintas di persimpangan lampu isyarat Pekan Meru, dekat Klang, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao bagaimanapun berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pihak polis menafikan penglibatan kumpulan gangster dalam perarakan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini (19 September 2022).

Sehubungan itu, katanya polis sedang mengesan sekumpulan remaja lelaki terbabit untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai video tular berdurasi 1 minit 05 saat itu kira-kira jam 10.43 pagi tadi.

“Siasatan mendapati video yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook di bawah akaun ‘We Are Malaysian’ itu memaparkan sekumpulan remaja tidak memakai topi keledar menaiki motosikal dan kereta mengiringi van mayat yang menghalang lalu lintas di lokasi itu.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Klang Utara membuat siasatan awal dengan mengesan dan akan memanggil penganjur untuk memberikan keterangan serta mengenal pasti suspek yang terbabit,” katanya.

Vijaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM1,000 sehingga RM5,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Orang ramai dinasihatkan mematuhi peraturan jalan raya dan tidak menghalang lalu lintas yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Berita berkaitan
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Dua bekas pegawai kanan imigresen dihukum penjara tiga tahun terlibat rasuah
September 23, 2022· Isu semasa
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
3 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
3 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
8 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
9 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
1 jam lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok