Polis nafi mesej amaran jenayah kanak-kanak jalanan

September 7, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mesej kononnya pasukan keselamatan itu dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan notis amaran berhubung aktiviti jenayah yang menggunakan kanak-kanak jalanan, seperti yang tular di media sosial.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A Skandaguru berkata mesej tersebut mendakwa, terdapat pihak menggunakan kanak-kanak jalanan yang memegang kertas tertulis alamat rumah mereka sebagai taktik, untuk meraih bantuan bagi dihantar pulang.

Menurutnya, mesej tersebut turut mendakwa individu yang membantu kanak-kanak itu akan dibunuh, organ dicuri dan dirogol.

“PDRM mengesahkan mesej yang ditularkan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan KDN atau PDRM.

“Semakan juga mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan insiden jenayah seperti yang ditularkan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata orang ramai diingatkan untuk tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan sebarang mesej tidak berasas.

Skandaguru turut menasihatkan orang ramai yang berhadapan dengan situasi seperti mesej yang tular itu, untuk membawa kanak-kanak terbabit ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Berita berkaitan
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes baharu hampiri 7,000, Selangor, KL tertinggi
July 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
17 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
18 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
20 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok