Polis minta bantuan kesan remaja 14 tahun hilang

September 13, 2022 · Isu semasa

Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Tambun, di sini sejak 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata remaja itu dikenali sebagai Nur Hidayah Mat Nurddin dengan alamat terakhirnya di Lot 475 Kampung Tersusun Batu 5, Lorong Delima 3/2 Tambun.

“Pihak kami menerima laporan polis daripada ibunya mengatakan anaknya tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk membeli air pada hari kejadian dan membuat laporan kehilangan tiga hari selepas itu.

“Ketinggian adalah lebih kurang 160 sentimeter dan berkulit cerah serta memiliki berat badan sekitar 45 kilogram. Selain itu, remaja ini berbadan sederhana dan tidak memakai kaca mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan remaja itu, diminta untuk tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Sarjan Mohd Haizal Umar di talian 011-21001076 atau Bilik Gerakan IPD Ipoh di talian 05-2451500. – Bernama

Berita berkaitan
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023· Uncategorized
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Kalimah Allah: MP Tanjong Karang cadang PMX dirujuk ke jawatankuasa Parlimen
June 13, 2023· Politik
Dakwaan polis halang upacara agama penganut Hindu berniat jahat
April 22, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
3 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
3 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
3 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
6 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
2 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok