Polis Melaka tahan DSP disyaki terbabit ‘Geng Nicky’

April 28, 2021 · Isu semasa

Polis Melaka mengesahkan seorang pegawainya berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, ditahan kerana disyaki terbabit dengan kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai penahanan pegawai polis berumur 43 tahun itu kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa polis Johor.

Namun, Majid berkata, polis Melaka akan memberikan kerjasama kepada polis Johor bagi menjalankan siasatan.

“Saya sebagai Ketua Polis Melaka tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota yang bertugas di Melaka sama ada terlibat dalam sindiket jenayah atau rentas sempadan.

“Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis Johor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap apa juga siasatan yang melibatkan pegawai dan anggota di kontinjen ini,” katanya hari ini.

Semalam, media melaporkan 12 pegawai agensi penguat kuasa, termasuk seorang pegawai polis berpangkat Superintendan dan seorang Penulong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan disyaki terbabit kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’.

Berita berkaitan
14 individu ‘Geng Nicky’ bebas tuduhan jenayah terancang
July 7, 2022· Isu semasa
Buruan polis Nicky mengaku tidak salah 26 tuduhan babit RM36 juta
April 12, 2022· Isu semasa
14 ahli Geng Nicky dilepaskan, ketua kumpulan dalam buruan
September 30, 2021· Isu semasa
Seorang lagi pegawai polis dikaitkan dengan Geng Nicky dibebas
May 6, 2021· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok