Polis Melaka kesan taktik baharu Macau Scam guna dokumen palsu

June 13, 2022 · Isu semasa

Polis Melaka mengesan penyebaran dokumen palsu iaitu ‘notis kehadiran suspek’ yang didakwa dikeluarkan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) itu yang meminta mangsa membantu siasatan polis berhubung kesalahan jenayah, yang dilakukan mangsa ‘Macau Scam’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka Superintendan E Sundra Rajan berkata dokumen palsu yang kononnya ditandatangani Ketua Polis Melaka itu dikesan diterima mangsa berusia 24 tahun menerusi WhatsApp semalam.

Beliau berkata ‘notis kehadiran suspek’ yang diterima mangsa mendakwa mangsa disyaki terlibat dalam kes penyeludupan dadah, pengubahan wang haram serta menerima komisen sebanyak RM228,000, lapor Bernama.

“Menurut dokumen palsu itu, mangsa diminta memberi kerjasama dengan pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dalam masa dua jam selepas surat itu diterimanya dan waran tangkap ke atas mangsa akan dikeluarkan serta-merta jika mangsa tidak bekerjasama.

“Selain itu, dokumen itu turut mendakwa akaun bank mangsa akan dibekukan dalam tempoh 16 bulan serta mangsa juga perlu menjalani reman selama 45 hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa juga diingatkan tidak memberitahu orang lain berhubung dokumen yang diterimanya itu, namun mangsa telah berhubung dengan polis IPK Melaka untuk meminta pengesahan menerusi WhatsApp.

Katanya, siasatan polis mendapati dokumen palsu itu merupakan modus operandi baharu yang digunakan sindiket ‘Macau Scam’ untuk memperdaya dan menimbulkan ketakutan orang ramai agar mempercayai mereka terlibat dengan siasatan polis.

E. Sundra Rajan berkata mangsa yang terpedaya kemudiannya akan diarahkan memberi butiran akaun bank serta maklumat perbankan kepada sindiket sebelum pindahan wang daripada akaun mangsa dilakukan.

Justeru, beliau berkata orang ramai yang menerima dokumen palsu berkenaan diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi CCID Scam Response Center menerusi talian 03-26101559/1599 untuk membuat pertanyaan atau pengesahan.

“Orang ramai diminta lebih berhati-hati dengan taktik terbaharu dan licik sindiket Macau Scam ini agar tidak menjadi mangsa,” katanya.

Berita berkaitan
Mahkamah tolak petisyen calon BN bagi DUN Sungai Udang
June 8, 2022· Politik
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Pemandu BMW rempuh sembilan kenderaan selepas diserang sawan
June 4, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
15 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
47 minit lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok