Polis kompaun penganjur drag di Sepang gagal patuh SOP

April 10, 2021 · Isu semasa

Penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 kerana didapati gagal memastikan penjarakan fizikal ketika menganjurkan perlumbaan drag di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang, semalam.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman berkata, penganjur telah mendapatkan permit bagi melaksanakan acara itu di litar berkenaan namun gagal memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kami kompaun penganjur kerana gagal mengawal peserta, melaksanakan penjarakan fizikal dalam pematuhan SOP,” katanya ketika dihubungi susulan tular satu video memaparkan sebuah kenderaan polis hadir ke litar berkenaan bagi menyuraikan peserta yang hadir ke acara itu.

Mengulas video berkenaan, Imran berkata pihak polis telah diminta hadir menyuraikan peserta yang enggan bersurai meskipun acara telah selesai.

“Selepas polis sampai orang ramai memberikan kerjasama dan bersurai dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya yang menurutnya kenderaan polis tiba di litar pada kira-kira 9 malam.

Penganjur program berkenaan, MUSC Motorsports menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook turut mengesahkan yang mereka telah dikompaun kerana gagal melaksanakan acara tersebut dalam ketetapan norma baharu.

“Kegagalan kami mengawal penjarakan sosial mengakibatkan beberapa kali acara ini terhenti sehingga akhirnya kami terpaksa akur dikenakan kompaun.

“Justeru, kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat tanpa kami menyalahkan mana-mana pihak sama ada agensi penguat kuasa, penyedia litar iaitu SIC, rakan-rakan program, pasukan drag, pengunjung dan semua pengikut Musc Drag Racing,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok