Polis kenal pasti pelaku aksi berbahaya motosikal berkuasa tinggi

February 28, 2022 · Isu semasa

Polis telah mengenal pasti sekumpulan individu yang menunggang motosikal berkuasa tinggi secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dekat sini yang aksi mereka dirakam dan ditularkan di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata berdasarkan rakaman video itu pihaknya telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang merakam dan terlibat di dalam aksi berbahaya tersebut.

“Pada 27 Februari 2022 pihak polis terkesan dengan satu klip video berdurasi 45 sat telah tular di Facebook memaparkan aksi berbahaya beberapa penunggang motosikal berkuasa besar di atas Jambatan Kedua Pulau Pinang.

“Ekoran daripada video tular berkenaan satu laporan polis telah diterima dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya polis sedang mengesan semua penunggang berkenaan untuk melengkapkan siasatan setelah mengenal pasti nombor pendaftaran nombor motosikal perakam.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hamizah Ahmad Rosli di talian 013-2064 682 bagi membantu siasatan.

Terdahulu satu rakaman video berdurasi kira-kira 45 saat tular di media sosial memaparkan penunggang dua motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi iaitu lebih 280 kilometer sejam (km/j).

Berita berkaitan
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022· Isu semasa
Polis siasat kehilangan wanita, dipercayai mangsa culik
September 14, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
PRU musim hujan, banjir: Pembayar cukai kena tambah lagi RM1 bilion
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
46 minit lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
1 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
1 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
1 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok