Polis kemas kini borang permohonan rentas negeri elak pemalsuan

May 13, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengemas kini sistem permohonan rentas negeri bagi menggelakkan pemalsuan dokumen pada masa akan datang, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Sebelum ini, katanya, PDRM telah mengesan beberapa taktik pemalsuan dokumen rentas negeri sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri bulan ini.

Beliau berkata, PDRM akan menambah baik sistem berkenaan kerana orang awam akan cuba mencari jalan untuk mengatasi sistem rentas negeri yang sedia ada ini.

“PDRM akan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada ini bagi mengelakkan ia berterusan berlaku.

“Adalah lumrah untuk mereka (orang awam) melakukan perkara sedemikian (memalsukan dokumen) tetapi PDRM akan berusaha untuk mengatasi kelemahan yang sedia ada,” katanya malam tadi.

Acryl Sani juga berkata, pihaknya menolak sebanyak 2,730 permohonan rentas negeri yang dikemukakan atas pelbagai alasan tidak munasabah.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok