Polis Johor rampas dadah RM1.08 juta, tahan tiga individu

March 28, 2021 · Isu semasa

Polis Johor merampas heroin bernilai RM1.08 juta selepas membongkar makmal pemprosesan dadah dalam operasi khas di Iskandar Puteri 23 Mac lalu, kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata, operasi khas itu dilakukan ke atas sebuah rumah sewa pada jam 2 petang, di mana seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bertindak sebagai ahli kimia dan ‘runner’ turut ditahan.

Katanya, lelaki terbabit dipercayai dibayar gaji RM10,000 sebulan untuk membuat dan mengedar dadah kepada pelanggan di sekitar Johor.

“Dadah yang dirampas dalam operasi ini terdiri daripada 57.83 kilogram (kg) heroin bernilai RM642,588.88; 4.53 kg heroin base bernilai RM420, 828.56 dan 77.70 kg kafein bernilai RM26,418.

“Selain dadah, pelbagai peralatan untuk memproses dadah turut dirampas. Polis juga menyita lima buah kenderaan, sebuah motosikal, wang tunai RM16,430, pelbagai barangan kemas, 25 utas jam tangan dan 15 akaun bank bernilai RM473,283.42,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, susulan penahanan lelaki berkenaan, polis memberkas dua wanita tempatan berusia 34 dan 35 tahun di Temerloh, Pahang dan Batu Gajah.

“Kedua-dua wanita ini adalah isteri kepada dua lagi lelaki yang masih diburu polis untuk membantu siasatan bersabit Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan masing-masing beralamat terakhir di Taman Bestari dan Taman Perling, Iskandar Puteri,” katanya.

Ayob Khan berkata, modus operandi sindiket ini adalah menjadikan kediaman berpagar dan berpengawal yang disewa sebagai makmal memproses dadah dan dipercayai telah beroperasi selama setahun.

Dalam satu lagi kes, Ayob Khan memaklumkan seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun ditahan pada 25 Mac lepas, juga di Iskandar Puteri bersama dadah jenis syabu dan ketamin bernilai RM347, 874.44.

“Hasil saringan urin mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai dua rekod jenayah lampau dan satu rekod ‘wanted’ bagi kes dadah.

“Lelaki ini baru melakukan kegiatan ini kira-kira seminggu turut menjadikan rumah sewa berpagar dan berpengawal sebagai tempat penyimpanan dadah,” katanya.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok