Polis jaga tiga pintu masuk ke KL, kesesakan semakin berkurangan

May 8, 2022 · Isu semasa

Aliran trafik di lebuh raya utama dalam keadaan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di beberapa kawasan di Utara, Selatan dan Timur menuju ke Lembah Klang setakat tengah hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagi laluan dari timur ke Lembah Klang, kesesakan sepanjang 21 kilometer berlaku dari Karak hingga Bukit Tinggi, lapor Bernama.

“Aliran trafik dari utara dan selatan ke Lembah Klang berada dalam keadaan terkawal dan kesesakan dilaporkan berlaku di kawasan ‘hot spot’ Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Ipoh Selatan ke Simpang Pulai, kawasan mendaki di Gua Tempurung ke Tapah, Bidor ke Sungkai dan Sungai Buaya ke Rawang,” katanya.

Kata jurucakap berkenaan, bagi laluan dari selatan, kesesakan berlaku di Simpang Ampat ke Pedas Linggi dan Kawasan Rehat dan Rawat Seremban ke Port Dickson.

Tol percuma PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang bermula tengah malam semalam akan berakhir pada 11.59 malam ini.

Sementara itu, polis mengeluarkan sebanyak 1,250 saman kepada pengguna jalan raya menerusi Op Utama yang dilaksana selama tiga hari bermula Jumaat, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Saleh.

Menurutnya menerusi operasi berkenaan yang diadakan bersempena Op Selamat 18, polis turut menahan 11 lelaki tempatan berumur 15 hingga 47 tahun atas pelbagai kesalahan trafik.

“Daripada 11 yang ditahan, lapan daripadanya ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dua lagi didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu dan seorang lagi ditahan atas kesalahan menunggang motosikal curi,” katanya.

Op Utama tertumpu kepada pemeriksaan ke atas kenderaan yang diubah suai, pemandu mabuk dan samseng jalanan.

Sarifudin berkata dalam operasi berkenaan juga, polis menahan seorang lelaki kerana didapati positif dan memiliki dadah.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 22 motosikal dan tiga kenderaan turut disita atas kesalahan mengubah suai kenderaan dan ekzos.

“Tindakan serta pemeriksaan (dilakukan) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta Jabatan Alam Sekitar selain pemilik diarah untuk mengubah kepada asal,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata polis menempatkan anggotanya di tiga pintu masuk utama ke ibu negara bagi membantu penyuraian trafik susulan pergerakan pulang orang ramai ke kediaman masing-masing selepas cuti Aidilfitri.

Beliau dalam pada itu menasihati pengguna jalan raya agar tidak melakukan kesalahan yang boleh membahayakan nyawa dan pengguna yang lain.

“Kita berharap pengguna jalan raya terutama yang akan memasuki Kuala Lumpur agar berhati-hati dan mematuhi peraturan bagi memastikan keselamatan terjaga dan masing-masing selamat sampai ke destinasi,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok