Polis gesa orang ramai tangguh aktiviti dikawasan berisiko kepala air

September 3, 2022 · Isu semasa

Orang ramai terutama masyarakat setempat dinasihatkan supaya menangguhkan seketika aktiviti riadah di kawasan rekreasi seperti air terjun dan sungai yang berisiko dilanda kepala air.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata ia berikutan kepala air merupakan satu fenomena yang tidak dapat dijangka dan tanda-tanda sebelum berlakunya kejadian tersebut sukar dikenal pasti terutama bagi mereka yang kurang berpengalaman, lapor Bernama.

“Kami harap masyarakat setempat dapat mengelakkan berkunjung ke tempat riadah seperti ini (air terjun dan sungai). Bukan kami tutup terus tetapi kepala air merupakan keadaan yang tidak dapat dijangka kerana ia mungkin berlaku jauh di tempat lain dan tanda-tanda itu lambat sampai untuk kita terima dan sekiranya berlaku ia memberikan impak yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Produk Inovasi Kumpulan Inovasi dan Kreatif (Amphibia Qber II) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di Pengkalan Lawit, Tasik Kenyir dekat sini hari ini.

Semalam seramai 32 individu termasuk 13 kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Lata Ulu Kasar, Sungai Tong di Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Hussin berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, fenomena kepala air tersebut melanda tempat orang ramai beriadah, mandi-manda dan berkhemah sehingga menyebabkan enam kereta turut terperangkap.

Dalam pada itu Rohaimi menyeru kepada majlis daerah atau pihak berkaitan supaya menjalankan penguatkuasaan dan meletakkan papan tanda mengenai amaran kepala air serta memaklumkan kepada orang ramai sekiranya keadaan memerlukan sesuatu kawasan itu perlu ditutup.

“Kami juga cadangkan kepada pihak tertentu untuk memasang siren kecemasan supaya dapat dimaklumkan awal kepada orang ramai mengenai kejadian kepala air, berbanding ketika ini siren amaran lebih digunakan untuk kawasan berisiko banjir,” katanya.

Berita berkaitan
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Laos keluar amaran hujan lebat ekoran ribut tropika Noru
September 24, 2022· Dunia
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
October 2, 2022
Rugi jika bubar MPN
October 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
3 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
3 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
9 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
10 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
2 jam lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok