Polis gagalkan cubaan seludup syabu RM1 juta guna kurier di KLIA

May 19, 2022 · Isu semasa

Polis menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam dua kes berasingan, bulan ini.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Imran Abd Rahman pada sidang media KLIA hari ini berkata dadah jenis syabu seberat 28 kilogram, yang dianggarkan bernilai RM1 juta itu dirampas di kawasan Kompleks Kargo KLIA pada 8 dan 11 Mei lalu.

Dalam rampasan pertama 8 Mei, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah KLIA telah merampas tiga bungkusan teh Cina yang berisi dadah disyaki syabu dianggarkan seberat 3,000 gram yang disorokkan dalam satu unit ketuhar gelombang mikro dipercayai untuk dihantar ke Tawau, Sabah.

“Manakala rampasan kedua pula dilakukan pada 11 Mei 2022 membabitkan 25 bungkusan plastik silver dan teh Cina berisi dadah disyaki jenis syabu dengan anggaran berat 25,000 gram yang juga disorokkan dalam dua unit alat pembesar suara untuk dihantar ke Kuching, Sarawak dan Tawau, Sabah.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM 1.008 juta,” katanya dalam kenyataan pada sidang media hari ini.

Menurutnya siasatan mendapati pengirim menggunakan butir diri dan alamat palsu. Butir diri dan alamat penerima juga palsu.

Setakat ini, katanya tiada tangkapan dilakukan dan proses siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Imran berkata pihaknya telah menggagalkan beberapa cubaan menyeludup dadah melalui Kompleks Kargo KLIA yang dianggarkan 56kg bernilai RM2 juta, sejak awal tahun ini

“Sejak awal tahun 2022 Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah KLIA dengan kerjasama orang awam berjaya mematahkan beberapa cubaan penyeludupan dadah dengan jumlah rampasan keseluruhan sebanyak 56,078 gram yang dianggarkan bernilai RM2.018 juta di Kargo KLIA.

“Hasil analisa yang dijalankan, dengan jumlah berat gram dadah yang telah dirampas tersebut, ia boleh digunakan oleh lebih kurang 280,000 penagih,” katanya.

Katanya, modus operandi yang digunakan ahli sindiket adalah menghantar dadah yang disorokkan dalam peralatan elektrik dan pengubahsuaian kotak bagi mengaburi mata pihak berkuasa dengan menggunakan perkhidmatan kurier di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman, jika disabitkan kesalahan akan dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga disebat tidak kurang 15 sebatan, sekiranya tidak dihukum dengan hukuman mati.

Beliau menyeru, kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah yang menjadikan KLIA sebagai laluan untuk menjalankan aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok