Polis dapat sambung reman Long Tiger, tiga lelaki hingga Isnin

January 1, 2022 · Isu semasa

Tempoh reman ke atas Long Tiger, lelaki etnik Rohingya yang ditahan semula selepas melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Dis lepas, disambung dua hari lagi hingga Isnin depan.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam kenyataan berkata tiga lagi lelaki dipercayai rakan Long Tiger, turut disambung reman bagi tempoh sama, menurut laporan Bernama.

Majistret Zaridah Y. Abdul Jaafar membenar lanjutan reman tersebut menerusi permohonan di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.

Sebelum ini Long Tiger atau Abdul Hamim Ab Hamid, 32, dan tiga lelaki berusia 36, 38 dan 46 tahun dibenarkan direman empat hari bermula Rabu lepas hingga hari ini oleh Mahkamah Majistret Tangkak.

Abdul Hamim yang berjaya ditahan semula di Kedah pada 28 Dis lepas disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan manakala tiga lelaki itu mengikut Seksyen 216 kanun sama kerana menyembunyikan tahanan.

Pada 15 Dis lepas, Abdul Hamim dipercayai meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum bermula perbicaraan kes mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Abdul Hamim pada masa sama turut berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta Seksyen 376 kanun sama kerana merogol.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023 · Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok