Polis cari ‘Datuk Yusri’ kes tipu projek jalan RM1.93 juta

June 28, 2022 · Isu semasa

Polis Sabah sedang mencari seorang lelaki dikenali sebagai ‘Datuk Yusri Bin Yusoh’ yang terlibat dengan kes penipuan projek naik taraf jalan raya yang tidak wujud di negeri itu melibatkan kerugian RM1.93 juta.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata pihaknya telah menerima lapan laporan polis mengenai kes tersebut yang dikatakan berlaku dalam bulan ini.

Beliau berkata suspek telah memperdaya mangsa dengan meminta membayar sejumlah wang deposit bagi mendapatkan projek tersebut.

“Mempercayai kata-kata ini, mangsa telah membayar antara RM30,000 sehingga RM650,000 (setiap pembayaran) dengan keseluruhan kerugian berjumlah RM1.93 juta.

“Ekoran itu pihak polis sedang mencari lelaki ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat Insp Tilmanshah Wasli di talian 016-5785962 atau 088-529761. – Bernama

Berita berkaitan
Skandal kapal tak siap RM9.1 bilion, Najib juga tak setuju projek dihentikan
August 6, 2022· Isu semasa
Dua negeri diarah bersiap sedia susulan amaran hujan berterusan
August 6, 2022· Isu semasa
Bukan masa saya projek LCS diluluskan, Hishammuddin jawab isu kapal tak siap
August 5, 2022· Isu semasa
Kit Siang gesa dalang skandal kapal LCS didakwa, desak Zahid jawab
August 5, 2022· Politik
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
7 minit lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
2 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok