Polis buru Yusuf Azmi, Abang Ali

May 4, 2021 · Isu semasa

Polis Kajang sedang menjejak beberapa individu yang terbabit dalam kejadian memukul seorang lelaki dipercayai warga asing di kaki lima sebuah kedai di Taman Alam Jaya, Cheras semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, dalam kenyataan lewat malam tadi berkata, hasil siasatan awal mendapati warga asing itu dipukul sekumpulan lelaki – Yusuf Azmi dan Abang Ali – serta beberapa pengikutnya yang belum dikenal pasti.

Katanya, perbuatan itu adalah dengan jelas satu kekerasan jenayah yang boleh disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan merupakan kejadian yang menganggu-gugat serta mendatangkan kekacauan kepada ketenteraman awam.

“Pada 03/05/2021 telah tular di media sosial berhubung satu video berdurasi selama lebih kurang 1 minit 21 saat tentang kejadian (1)(L) dipercayai warga asing telah dipukul oleh sekumpulan lelaki Melayu di kawasan kaki lima Kedai No. 28, Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, Selangor.

“Sehubungan itu, pada tarikh yang sama, jam lebih kurang 2.30 petang, pihak Polis dari Cawangan D7 IPD Kajang telah melihat video yang tular ini dan melakukan siasatan awal ekoran mempercayai tempat kejadian merupakan kawasan pentadbiran IPD Kajang.

“Hasil siasatan awal yang telah dijalankan, kejadian yang viral ini melibatkan mangsa seorang lelaki dipercayai warga asing telah dipukul oleh sekumpulan lelaki Melayu yang dikenali dengan nama Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa orang pengikutnya yang belum dikenalpasti,” katanya.

Difahamkan, Yusuf Azmi yang dimaksudkan dalam video itu adalah bekas Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mohd Zaid berkata, hasil penelitian ke atas video ini juga mendapati kumpulan lelaki Melayu terbabit telah melanggar beberapa prosedur operasi standart (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Beryarat dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan sosial.

“Berdasarkan kepada video yang tular ini, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, bolehlah dihukum penjara selama 2 tahun ataupun dikenakan denda ataupun kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes juga disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama enam bulan atau denda atau kedua-duanya manakala Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 memperuntukkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM 5,000.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok