Polis buru penunggang motosikal langgar lari anggota di Butterworth

April 24, 2023 · Isu semasa

Seorang anggota polis dari Balai Polis Butterworth mengalami kecederaan pada rahang sebelah kiri dan luka di beberapa bahagian badan lain selepas dilanggar lari oleh sebuah motosikal di Jalan Bagan Dalam, awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Supt Siti Nor Salawati Saad berkata dalam kejadian 7.55 pagi itu, anggota polis tersebut sedang membuat pemantauan di kawasan berkenaan, menurut laporan Bernama.

“Siasatan mendapati, motosikal yang ditunggang oleh anggota polis dari arah Bagan Luar menghala ke arah Bagan Dalam telah bergesel dengan motosikal yang ditunggangi oleh individu terlibat.

“Selepas kemalangan, penunggang motosikal tersebut disyaki telah melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak polis sedang giat mengesan penunggang motosikal terbabit untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata anggota polis itu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini, diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi segera Bilik Gerakan IPD SPU di talian 04-5759122 atau boleh datang ke balai polis berhampiran,” katanya.

Berita berkaitan
Bapa mengaku bersalah dalam perbicaraan kes tumbuk, tendang anak
November 7, 2023· Isu semasa
Bicara kes pelakon Hafidz Roshidi cedera bekas isteri ditetapkan 6 Feb
October 4, 2023· Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023· Isu semasa
Penonton dakwa dipukul pasukan keselamatan semasa perlawanan akhir Piala FA
July 24, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
13 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
13 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok