Polis buru dua lelaki lari dari PKPD di PPR Pantai Dalam

July 4, 2021 · Isu semasa

Polis sedang memburu dua lelaki yang melarikan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai penagih dadah menyelinap melepasi kawat berduri yang dipasang di sekeliling blok perumahan itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pantai susulan tular di media sosial rakaman video berkaitan kejadian itu, hari ini.

“Sepasukan anggota polis kini menjalankan operasi mengesan dan menangkap kedua-dua suspek yang dipercayai penagih dadah.

“Buat masa ini suspek belum dapat ditangkap dan semakan mendapati mereka melarikan diri ke arah kawasan sungai di bahagian belakang PPR terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 2 minit 5 saat dua lelaki tidak berbaju menyelinap keluar daripada bawah pagar kawat berduri yang dipasang di sekeliling PPR terbabit.

Sebaik berjaya menyusup keluar, kedua-duanya dilihat memanjat pagar PPR dan melarikan diri.

Mengulas lanjut, Anuar berkata pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil tindakan membaiki kerosakan yang berlaku pada kawat duri akibat tindakan dua lelaki itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan PPR Pantai Ria serta Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam dikenakan PKPD bermula Khamis lalu hingga 14 Julai depan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok