Polis buru dua lelaki kes pukul, perselisihan faham dalam FB

June 20, 2022 · Isu semasa

Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai terlibat kes pukul dalam sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras di sini, Jumaat lepas dipercayai akibat perselisihan faham di laman Facebook.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Nasir Drahman berkata dalam kejadian pada 8 malam itu, mangsa berusia 48 tahun telah berjumpa dengan dua lelaki di restoran itu bagi menyelesaikan masalah peribadi.

Beliau berkata seorang daripada suspek dipercayai memuat naik gambar bapa mangsa yang telah meninggal dunia selain mengaibkannya di laman Facebook.

Bagaimanapun, Mohd Nasir berkata semasa perbincangan, lelaki terbabit naik angin dan memaki hamun sebelum dia dan rakannya bertindak memukul mangsa menggunakan batang besi paip dan kerusi plastik.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta dan menerima 12 jahitan di kepala,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, polis menerima laporan mengenai kejadian itu semalam dan kini giat memburu kedua-dua lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Mohd Nasir memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk menghubungi balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat Sjn Ahmad Faizal menerusi talian 019-7691924 bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022· Isu semasa
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok