Polis buru banduan lari panjat pagar penjara

March 27, 2021 · Isu semasa

Polis sedang memburu seorang banduan lelaki yang melarikan diri dengan memanjat pagar di kawasan menara di Penjara Pengkalan Chepa, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata, Mohamad Soolleh Mohd Noor, 31, dari Jalan Madrasah, Kampung Delima, Wakat Baru, Tumpat, dipercayai melarikan diri ketika proses pembuangan sampah kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek adalah banduan reman bicara bagi kes mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan mula ditahan di Penjara Pengkalan Chepa sejak Isnin lalu.

Beliau berkata, suspek terbabit mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan. Susulan kejadian itu pihak polis bersama penjara sedang menjalankan operasi mengesan suspek termasuk mengadakan sekatan jalan raya,” katanya.

Beliau meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan suspek dan menghubungi mana mana balai polis yang berhampiran.

Berita berkaitan
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu· Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
21 jam lalu· Isu semasa
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
13 warga asing ditahan berhubung siasatan kes bunuh peniaga buah
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
21 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023 · Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok