Polis buru along buat ugutan kepada Ketua Polis Pulau Pinang

June 5, 2023 · Isu semasa

Usaha memburu sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen yang menghantar sepucuk surat amaran dan ugutan jenayah kepada Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin sedang giat dijalankan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata tidak akan membiarkan pihak tersebut terlepas dan memberi amaran along tersebut akan diburu habis-habisan sehingga tertangkap.

Katanya, PDRM telah menerima satu laporan polis mengenai sepucuk surat amaran dan ugutan yang dialamatkan kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

“Surat layang tersebut yang dimasukkan di dalam sampul surat, telah diterima pada 1 Jun 2023 melalui perkhidmatan Pos Malaysia.

“Pemeriksaan awal PDRM terhadap sampul surat tersebut mendapati terdapat enam keping replika wang kertas ‘duit mayat’ dan sekeping nota berbentuk amaran agar pihak polis Kontinjen Pulau Pinang agar menghentikan tindakan agresif memerangi sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen di negeri terbabit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang hari ini.

Tambah beliau, surat layang tersebut turut berserta nota berunsur ugutan jenayah terhadap Ketua Polis Pulau Pinang bahawa akan membakar kedai serta balai polis sekiranya amaran berkenaan tidak diendahkan.

Tegas Acryl Sani, PDRM memandang serius ugutan jenayah terbabit dan operasi mengesan suspek melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Bukit Aman.

“Siasatan sedang giat dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama.

“PDRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengugut dan mengancam pegawai PDRM dalam menjalankan tugas memerangi kegiatan haram serta jenayah di negara ini,” tegasnya.

Semalam Kok Chin menyifatkan ugutan jenayah yang diterima daripada sindiket along adalah lumrah dalam melaksanakan tugas membanteras aktiviti dan sindiket haram.

Menurutnya, sebagai Ketua Polis Pulau Pinang, beliau dan seluruh anggotanya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti haram.

Katanya lagi, pihak polis tidak akan tunduk terhadap sebarang ancaman atau ugutan pihak tidak bertanggungjawab.
“Memang saya ada menerima ugutan apabila membongkar serta melumpuhkan sindiket terlibat jenayah di negeri ini.

“Bagaimanapun, saya tidak akan berkompromi atau bersekongkol dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti haram di negeri ini,” tegasnya.

Berita berkaitan
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu· Isu semasa
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Pegawai Timbalan Menteri KPDN lapor polis berhubung video tular harga barang
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
24 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok