Polis buru 2 lelaki kencing merata

June 13, 2022 · Isu semasa

Polis Iskandar Puteri, Johor sedang memburu dua lelaki dipercayai kencing merata-rata di tempat awam, terutama di bawah pokok, berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar Tanjung Kupang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata berdasarkan gambar yang tular di media sosial kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Sabtu, 11 Jun).

Beliau berkata, semakan mendapati kejadian berkenaan berlaku di laluan masuk kenderaan ringan dari Singapura ke Malaysia, dengan tarikh terbabit pada hari hujung minggu.

“Kejadian (membuang air kecil) itu berlaku ketika waktu berlakunya kesesakan aliran lalu lintas kenderaan dari Singapura ke Malaysia.

“Jarak dari tempat tular ke tandas awam berdekatan sejauh kira-kira satu kilometer, iaitu sekiranya pemilik meninggalkan kenderaannya di bahu jalan dan berjalan kaki ke tandas awam akan menyebabkan kesesakan bertambah teruk,” katanya menurut BH hari ini.

Rahmat berkata, pelaku berkenaan sedang dikesan untuk diambil keterangan.

“Perbuatan itu adalah berkelakuan tidak senonoh di tempat awam mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.

“Pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa supaya perkara seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Gambar berkenaan tular di media sosial Facebook yang memaparkan dua lelaki sedang membuang air kecil di bawah pokok di lokasi berhampiran KSAB.

Berita berkaitan
Keputusan kes rasuah bekas Exco Johor ditangguh 7 Ogos
June 26, 2022· Isu semasa
PRU-15 segera supaya UMNO dapat tangani inflasi dengan cekap
June 26, 2022· Politik
Pengundi dihalang mengundi semasa PRN Johor dibenar cabar SPR
June 22, 2022· Isu semasa
Johor berhak putuskan had umur minimum ADUN, hormat autonomi negeri
June 18, 2022· Politik
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
1 jam lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
1 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
1 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok