Polis buka kertas siasatan perhimpunan peguam di Padang Merbok

June 18, 2022 · Isu semasa

Kertas siasatan sudah dibuka pihak polis terhadap penganjur Perhimpunan Untuk Kebebasan Kehakiman di Padang Merbok yang diadakan semalam.

Siasatan yang dijalankan itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dan memberitahu beberapa individu terlibat dalam perhimpunan tersebut bakal dipanggil untuk diambil keterangan, menurut laporan media.

Dalam perhimpunan semalam, kira-kira 500 peserta berkumpul di Padang Merbok, sejak 9 pagi.

Pihak polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula berkawal di sepanjang laluan lokasi terbabit sejak 7 pagi.

Perhimpunan itu yang dianjurkan Badan Peguam Malaysia menuntut supaya Badan Kehakiman terus bebas daripada mana-mana pihak.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 15 (3), Peraturan 6 dan Peraturan 7, Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dalam perhimpunan semalam, penganjur menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin semasa, ia antara lain membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Nazlan Mohd Ghazali.

Nazlan merupakan hakim yang mensabitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Perarakan itu bertujuan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berhubung intimidasi terhadap badan kehakiman.

Peguam mengundi ketika mesyuarat agung luar biasa menyokong resolusi Badan Peguam yang mengecam siasatan SPRM terhadap Nazlan.

Turut dilihat hadir pada perhimpunan itu, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Peguam, Roger Chan; bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa.

Berita berkaitan
Kerugian berkaitan jenayah komersial cecah RM5.2 bilion: Acryl Sani
June 25, 2022· Isu semasa
Beriadah boleh,  tetapi biarlah selamat
June 25, 2022· Isu semasa
Pengikut setia Najib dijemput ke mesyuarat MT ganti tempat Tajuddin
June 24, 2022· Politik
Puad tak mahu Menteri UMNO dipetik kes rasuah Zahid letak jawatan
June 24, 2022· Politik
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok