Polis bersiap sedia kawal prosiding rayuan akhir kes SRC Najib esok

August 22, 2022 · Isu semasa

Keperluan bagi menambah bilangan anggota polis yang bertugas bagi kawalan keselamatan di prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman (POJ) di Putrajaya esok, bergantung kepada keadaan semasa.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata penilaian dari semasa ke semasa akan dibuat berpandukan kepada maklumat yang diperolehi, lapor Bernama.

Beliau berkata penugasan anggota polis bagi tujuan keselamatan di POJ dibuat seperti biasa sejak prosiding bermula 15 Ogos lepas.

“Bagaimanapun esok hingga 26 Ogos, penambahan anggota bertugas akan dibuat mengikut keperluan berdasarkan penilaian dari semasa ke semasa. Ketika ini polis sedang standby,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bermula esok, Mahkamah Persekutuan akan menyambung prosiding rayuan akhir Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukuman ke atas tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan diramalkan ramai penyokong bekas Perdana Menteri keenam itu bakal berhimpun di sekitar POJ.

Berita berkaitan
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023· Politik
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
September 25, 2023· Isu semasa
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023· Politik
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
29 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok