Polis akan siasat siapa sahaja: Hamzah

June 18, 2021 · Isu semasa

Polis akan melakukan siasatan tanpa mengira siapa sahaja atau kedudukan darjat seseorang, termasuk Menteri jika melakukan kesalahan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, dalam hal ini termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, susulan laporan yang dibuat ke atasnya.

“Sesiapa sahaja yang melakukan hasutan hingga boleh menimbulkan sesuatu kurang senang dalam kalangan rakyat boleh disiasat.

“Sekiranya ada aduan maka polis akan siasat tanpa mengira darjat. Siasatan akan dilakukan secara mendalam bagi mengetahui perkara sebenar,” katanya hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan polis Pemuda Pakatan Harapan (PH) ke atas Takiyuddin berhubung titah Yang di-Pertuan Agong mengenai sidang Parlimen di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.

Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Pemuda Pakatan Harapan (PH) mahu polis menyiasat kenyataan Takiyuddin ketika mengulas pandangan Agong.

Semalam, Takiyuddin memberi bayangan bahawa masanya ‘sudah hampir” untuk Parlimen bersidang selepas Agong menitahkan persidangan perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

“Agong tidak menetapkan bila sidang Parlimen harus diadakan, namun Perdana Menteri sudah mengumumkan sidang Dewan Rakyat boleh diadakan paling awal September ini.

Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Balas balik jasa Zahid, kata Nur Jazlan kepada PH
November 28, 2022· Politik
Bekerjasama dengan DAP bermakna UMNO sudah menipu orang Melayu, kata Tun Abdul Hamid
November 25, 2022· Politik
Kenapa MT UMNO tak sentuh berhubung SD dihantar ke Istana Negara?
November 24, 2022· Politik
Kronologi serahan SD ke Istana Negara, pakatan Anwar dan Zahid yang gagal
November 23, 2022· Politik
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
34 minit lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
39 minit lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
9 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
14 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
3 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
45 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok