PN sokong cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan Anti Lompat Parti

April 9, 2022 · Isu semasa

Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhannya menyokong dan menyambut baik semangat serta matlamat di sebalik cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan antilompat parti, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata perkara itu hasil daripada satu sesi libat urus berhubung cadangan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 berkaitan antilompat parti yang diadakan antara PN dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 5 April lepas, lapor Bernama.

Sungguhpun begitu, Hamzah berkata bagi memastikan pindaan Perlembagaan tersebut dapat mencapai matlamatnya, definisi dan perincian yang lebih jelas perlu dipersetujui bersama terhadap frasa ‘lompat’ dalam apa juga instrumen perundangan yang akan diperkenalkan kerajaan kelak.

Menurut Hamzah pada 6 April lepas, Jemaah Menteri bersetuju Perkara 10(3) Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu bagi memberikan ruang kepada Ahli Dewan Rakyat menggubal akta khusus berkaitan antilompat parti dengan lebih teratur, terperinci dan boleh diterima semua pihak.

“Perikatan Nasional mengambil maklum kesediaan pihak kerajaan untuk membentangkan usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu dalam sidang khas yang akan berlangsung pada 11 April 2022. Keputusan itu adalah satu keputusan kerajaan yang berhemah dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu hari ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam kenyataan memaklumkan gabungan itu akan menyokong Pindaan Perlembagaan bagi memberi punca kuasa untuk menggubal Akta Anti Lompat Parti pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, Isnin ini selain memaklumkan syarat utama ialah draf Rang Undang-undang Anti Lompat Parti perlu disegerakan.

Media sebelum ini melaporkan Wan Junaidi berkata Rang Undang-Undang itu tidak akan dibentang pada Sidang Khas Dewan Rakyat Isnin ini.

Bagaimanapun Wan Junaidi dalam kenyataan bersama Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam berkata sidang khas itu diteruskan untuk membentang dan membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022.

RUU Perlembagaan (Pindaan) berhubung Anti Lompat Parti akan dibentang, dibahas dan diluluskan, pada satu lagi sidang khas Parlimen yang akan ditentukan kelak.

Berita berkaitan
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
5 jam lalu· Politik
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
20 jam lalu· Politik
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
4 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok