PN sedia pulihkan projek HSR

March 2, 2022 · Isu semasa

Perikatan Nasional (PN) bersedia memulihkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura antara Malaysia dan Singapura sekiranya  gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah menyatakan sokongan terhadap projek itu ketika menjadi perdana menteri, dengan menjelaskan HSR akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara, lapor Bernama.

“HSR adalah baik untuk negara dan Singapura. Jika Singapura mahu kembali (untuk berunding semula), ia bagaimanapun tidak akan mengikut asas atau perkiraan yang sama dibuat semasa zaman Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak).

“Saya percaya ini (HSR) adalah satu ‘game changer’. Saya telah mengatakannya sebelum ini dan saya akan nyatakannya sekali lagi. Ya, ia adalah ‘game changer‘. Kami (PN) mahu melakukannya,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Ikrar PN “Demi Bangsa Johor” hari ini.

Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu berkata demikian ketika ditanya sama ada PN akan menyokong pemulihan projek HSR yang melibatkan berbilion ringgit itu.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata ketika menjadi perdana menteri, beliau juga telah meninjau beberapa model sekiranya Singapura tidak mengambil bahagian dalam projek itu.

Menurut beliau, syarat atau terma utama projek HSR harus dirundingkan semula jika Singapura memilih untuk membuka semula perbincangan mengenainya, meskipun projek itu masih berdaya maju walaupun tanpa penyertaan republik itu.

“Walaupun Singapura tidak mengambil bahagian, kita telah membuat kiraan melalui HSR Sdn Bhd bahawa ia (HSR) masih berdaya maju. Tetapi, ia akan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan semula kos HSR.

“Saya juga mempunyai idea untuk melanjutkan HSR bukan sahaja ke Kuala Lumpur, tetapi kita mahu bergerak ke utara ke Bangkok dan malah ke beberapa negara lain (dari Thailand) di rantau ini. Itu adalah sebahagian daripada rancangannya, ” kata beliau.

Pada 1 Januari tahun lalu, Malaysia dan Singapura bersama-sama mengumumkan penamatan projek HSR kerana kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Sehubungan itu, Malaysia telah membayar S$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura untuk kos yang ditanggung bagi pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penggantungannya.

Berita berkaitan
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
5 jam lalu· Politik
Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
May 28, 2023· Politik
Cabaran BN-PH kekal prestasi PRN 2018 : Merdeka Centre
May 28, 2023· Politik
Cuba pecahbelahkan PN dengan buat tawaran kepada PAS: Razali
May 28, 2023· Politik
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
44 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
4 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
37 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok