PMX pertahan cadangan cagar KWSP untuk buat pinjaman

March 11, 2023 · Isu semasa

Cadangan untuk membenarkan cagaran akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membuat pinjaman peribadi dipertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata cadangan cagaran itu akan diperkenalkan tetapi dengan syarat ketat kepada pencarum KWSP yang mahu membuat pinjaman dengan institusi kewangan dalam negara.

“Kita tidak benarkan orang ramai keluarkan caruman KWSP lagi kerana ini bukan waktu COVID-19 lagi, mereka boleh kerja, tetapi ada beberapa kes mendesak dimaklumkan kepada kita.

“Umpamanya dia ada wang, tetapi tak dapat bayar yuran pendidikan anak di luar negara dan kita tak benar keluarkan KWSP, jadi boleh guna kaedah itu tetapi dengan syarat yang ketat,” katanya dipetik laporan BH.

Anwar ditemui media semasa merasmikan Hari Air Sedunia (HAS) 2023 di Stadium Indera Mulia, hari ini.

Menteri Kewangan iut juga menegaskan ucapannya di Dewan Rakyat berkenaan kaedah menggunakan caruman KWSP sebagai cagaran bank perlu diteliti sebelum mana-mana pihak mengeluarkan pandangan.

“Biasalah (ada pihak tidak berpuas hati dengan kaedah itu), kalau ikut saya memang tak bagi lagi (pengeluaran KWSP), tapi ada beberapa kes keperluan mendesak perlu dipertimbangkan.

“Ada kes kita lihat munasabah sebab dia (pencarum) mungkin ada wang yang banyak di KWSP jadi kita boleh benarkan (jadi cagaran bank),” katanya lagi.

Khamis lalu, Anwar mengumumkan kerajaan akan memperkenal kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Beliau berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pembiayaan kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

Bagaimanapun, timbul dakwaan mengatakan tindakan membenarkan caruman KWSP dijadikan sebagai cagaran sebagai melanggar undang-undang mengikut Akta KWSP 1991 berikutan simpanan itu hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan tertentu sahaja.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu· Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
22 jam lalu· Politik
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
1 jam lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
12 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
39 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok