PMX kata kajian skim gaji dan persaraan baharu ambil masa lapan bulan

July 27, 2023 · Isu semasa

Skim gaji dan persaraan penjawat awam yang baharu akan mengambil masa hingga lapan bulan untuk dikaji sebelum dibentang ke Mesyuarat Kabinet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh termasuk soal gaji guru dalam usaha Kerajaan Perpaduan meningkatkan pendapatan penjawat awam, menurut laporan Bernama.

“Saya akan bentangkan (hasil kajian) kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan tertakluk kepada peningkatan hasil dalam negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Guru-Guru Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menurutnya unjuran hasil negara ketika ini juga lebih baik daripada unjuran awal kerana lebih ramai yang tampil membayar cukai.

Katanya sementara laporan kajian itu tersebut disiapkan, kerajaan telah mengumumkan sumbangan khas kepada penjawat awam dan pesara yang akan disalurkan dua minggu lagi.

“Saya boleh umum RM1,000 tetapi saya tidak mahu tambah hutang lagi sebab hutang negara terlalu tinggi, itu pun banyak peruntukan pembaziran telah dipotong,” katanya.

Perdana Menteri dilaporkan kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah dan bantuan RM200 kepada pesara kerajaan yang memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak, serta lebih sejuta pesara.

Berita berkaitan
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
6 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
7 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
7 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok