PMX diminta bawa bincang isu kalimah Allah ke MKI terlebih dahulu, titah Sultan Selangor

June 7, 2023 · Isu semasa

Isu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam perlu dibawa untuk dibincangkan ke Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) terlebih dahulu, titah Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kenyataan bertitah selepas menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, sebarang keputusan berhubung isu penggunaan kalimah Allah perlu dibincangkan dalam MKI sebelum diangkat untuk diputuskan Majlis Raja-Raja, ia rentetan keputusan kerajaan campuran menarik balik rayuan sebelum ini.

“Dalam perbincangan tersebut, Beta selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) telah menyuarakan pandangan Beta yang juga telah dipersetujui oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bahawa perkara ini perlu dibawa terlebih dahulu kepada MKI untuk dibincangkan selaras dengan fungsi MKI yang bertanggungjawab menasihatkan Raja-Raja Melayu dalam menambah baik tadbir urus agama Islam di peringkat Persekutuan,” kata titah itu dalam kenyataan.

Jelas baginda lagi yang juga pengerusi MKI, pandangan oleh badan tersebut penting diambilkira sebelum dimajukan kepada Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan selanjutnya berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

“Beta juga berpandangan, memandangkan perkara in melibatkan sensitiviti agama di Malaysia, is penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam in perlu dimuktamadkan dengan segera oleh pihak Kerajaan Malaysia dengan penh hikmah dan tanggungjawab.

“Justeru, YAB Perdana Menteri telah bersetuju dengan cadangan Beta untuk membawa isu ini kepada MKI pada bulan Ogos 2023 sebelum ianya diangkat kepada Majlis Raja-Raja pada bulan Oktober 2023,” kata kenyataan itu lagi.

Tegas baginda lagi, selepas itu baharu Majlis Raja-Raja membuat sebarang keputusan muktamad melibatkan isu penggunaan kalimah Allah selepas mendengar pandangan MKI nanti.

“Beta percaya pandangan MKI adalah penting untuk dimajukan kepada Majlis Raja-Raja dalam menetapkan dasar muktamad berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia,” katanya lagi.

Isu penggunaan kalimah Allah ini kembali hangat diperkatakan selepas Keenterian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.

Keputusan kerajaan itu menerima pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Dalam titah itu lagi, Sultan Sharafuddin menggesa orang ramai agar bersabar dan tidak membuat kesimpulan sendiri selagi tiada keputusan muktamad daripada Majlis Raja-Raja berhubung isu tersebut.

“Beta juga menyeru agar semua pihak tidak mempolitikkan, membangkitkan atau membahaskan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini lagi sehingga Majlis Raja-Raja membuat ketetapan muktamad tentang perkara ini.

“Ini adalah untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia akan kekal utuh demi menjamin kestabilan sosial dan ekonomi negara ini.”

Berita berkaitan
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
52 minit lalu· Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
13 jam lalu· Politik
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
20 jam lalu· Isu semasa
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023· Politik
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
9 minit lalu · Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
24 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
12 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok