PMO nafi PM bermesyuarat dengan SPR

August 11, 2021 · Isu semasa

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi membincangkan kaedah untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam situasi pandemik Covid-19.

Penafian itu disertakan dengan gambar kenyataan media mengandungi dakwaan berkenaan, diedarkan melalui aplikasi kumpulan WhatsApp bersama media sebentar tadi.

Terdahulu, kenyataan palsu itu mendakwa Perdana Menteri, antara lain mengucapkan terima kasih kepada pegawai SPR yang mengemukakan cadangan amat praktikal bagi memastikan PRU15 yang akan diadakan tidak lama lagi, berjalan lancar dan selamat.

Melalui mesyuarat turut didakwa dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba itu, kerajaan didakwa akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk meneliti cadangan dikemukakan SPR, termasuk syor mengehadkan hak mengundi kepada individu lengkap vaksinasi.

Untuk rekod, ini adalah laporan palsu ketiga yang muncul di media massa dan media sosial hari ini.

Terdahulu, tular laporan mengatakan Speaker Parlimen Datuk Azhar Azizan Harun mengeluarkan surat memberitahu Perdana Menteri tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Susulan itu muncul pula laporan mengatakanwujud dokumen yang kononnya beliau dititah mendapatkan status terkini bilangan ahli Dewan Rakyat yang menyokong Muhyiddin.

Kedua-dua laporan itu dinafikan oleh Azhar.

Berita berkaitan
Kenyataan media palsu tular berhubung pendakwaan ke atas KSN
May 7, 2023· Isu semasa
Bekas penyelia Felda dipenjara 6 bulan dalam kes palsukan bayaran gaji
February 3, 2023· Isu semasa
Bekas pegawai khas kepada bekas MB Johor didakwa palsukan slip gaji
September 27, 2022· Isu semasa
Penularan gambar palsu penjara VIP: Jabatan Penjara
August 24, 2022· Isu semasa
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok