PM yakin pertumbuhan ekonomi terus kukuh suku kedua 2022

July 29, 2022 · Isu semasa

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh pada suku kedua tahun ini, disokong oleh beberapa petunjuk ekonomi termasuk perdagangan yang meningkat sebanyak 43.4 peratus kepada paras tertinggi baharu berjumlah RM270.4 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, eksport turut meningkat sebanyak 38.8 peratus kepada RM146.2 bilion manakala import melonjak 49.3 peratus kepada RM124.2 bilion.

“Pasaran buruh juga lebih baik dan kadar pengangguran menurun kepada 3.9 peratus pada Mei berbanding 5.0 peratus pada bulan sama pada 2020,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Bersempena Ulang Tahun ke-60 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di Petaling Jaya, malam tadi.

Mengulas selanjutnya, Ismail Sabri berkata jualan perdagangan borong dan runcit turut mencatat peningkatan sebanyak 19.9 peratus pada Mei lepas manakala jualan sektor pembuatan menokok sebanyak 15.7 peratus bagi tempoh sama.

Perdana Menteri menyifatkan prestasi ekonomi yang baik itu turut disokong oleh dasar-dasar kerajaan yang konsisten terutamanya inisiatif di bawah Bajet 2022, pakej rangsangan dan bantuan-bantuan lain yang diperkenalkan.

“Ekonomi kita kini terus mencatatkan pemulihan sepanjang negara berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik selepas dua tahun berdepan ancaman COVID-19.

“Di sebalik pandemik itu pula diikuti dengan kenaikan harga barangan dan inflasi akibat gangguan rantaian bekalan global serta krisis geopolitik serantau…Alhamdulillah prestasi ekonomi dan perdagangan negara terus kekal utuh,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, bagi suku pertama 2022, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah berkembang sebanyak 5.0 peratus disokong oleh peningkatan permintaan dalam dan luar negara serta pemulihan pasaran buruh.

Bagi tempoh sama, sejumlah RM42.8 bilion pelaburan telah diluluskan yang melibatkan sebanyak 910 projek dan mewujudkan 24,906 peluang pekerjaan baharu untuk Keluarga Malaysia, kata beliau.

Malah, Ismail Sabri berkata, agensi penarafan antarabangsa global, S&P juga telah menaik taraf prospek penarafan Malaysia daripada negatif kepada stabil, sekali gus memaparkan keyakinan pelabur terhadap keupayaan kredit dan kemampuan negara ini mengharungi cabaran fiskal selepas pandemik.

Mengulas majlis malam ini, beliau meminta ahli-ahli NCCIM agar peka dan mengambil inisiatif untuk mematuhi peraturan-peraturan perburuhan supaya kekal berdaya saing di pasaran sedia ada serta meluaskan lagi potensi di pasaran baharu.

Menurutnya, ini selaras dengan Dasar Pelaburan Baharu negara berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dengan tumpuan utama untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan berlandaskan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang memastikan kelestarian pengeluaran dan operasi perniagaan, termasuk mematuhi standard perburuhan antarabangsa. – Bernama

Berita berkaitan
Rakyat bimbang kenaikan OPR berterusan
February 2, 2023· Isu semasa
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023· Isu semasa
Untung jadi anak papa, Wan Saiful tanya siapa lagi dilantik secara diam-diam?
January 31, 2023· Politik
Lantikan Izzah, lagi NGO kritik PM kerana berunsur “nepotisme”
January 30, 2023· Politik
Popular
BM tiada nilai, tak guna belajar: Ridhuan Tee perjelas sikap Cina
February 6, 2023
Banjir mula landa Kuantan, 1,310 mangsa dipindahkan ke enam PPS
February 6, 2023
Belum ada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye, Syria
February 6, 2023
Pemandu lori ditahan polis muat naik video fitnah dalam TikTok
February 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Paras air lima sungai melebihi tahap bahaya, mangsa banjir meningkat
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir mula landa Kuantan, 1,310 mangsa dipindahkan ke enam PPS
12 jam lalu · Isu semasa
Kes Ebit Lew: Pendakwa dijangka panggil saksi baharu esok
12 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 perlu peruntukan lebih besar untuk rangsang ekonomi: MB Johor
12 jam lalu · Isu semasa
Belum ada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye, Syria
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok