PM yakin Kuala Lumpur capai imunisasi kelompok menjelang 31 Ogos

June 13, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mampu mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang 31 Ogos ini susulan pelaksanaan inisiatif Trak Vaksin Bergerak dan pembukaan banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Beliau mendapati program Trak Vaksin Bergerak yang diusahakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan penglibatan beberapa klinik swasta sebagai alternatif kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

“Rata-rata penerima vaksin yang mana sebahagian besarnya adalah warga emas ketika ditemui menzahirkan terima kasih atas usaha yang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri meluangkan masa meninjau proses pemberian vaksin melalui inisiatif Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah di Perumahan Awam Seri Johor, Bandar Tun Razak, yang turut dihadiri Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata selain memudahkan orang ramai divaksinasi, inisiatif Trak Vaksin Bergerak itu lebih ‘mobile’ dan boleh berada di kawasan yang disasarkan berbanding PPV biasa, sekali gus membantu mempercepatkan sasaran majoriti rakyat divaksinasi.

“Saya yakin dengan kemudahan yang disediakan ini termasuk PPV biasa dan PPV mega yang sedang beroperasi di Lembah Klang, Wilayah Persekutuan mampu mencapai sasaran imuniti kelompok atau lebih 80 peratus penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19 sepenuhnya menjelang 31 Ogos ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata inisiatif itu adalah antara usaha kerajaan dalam memastikan semua rakyat yang layak divaksinasi tidak tertinggal dari mendapat suntikan vaksin dengan cara menyenangkan atau memudahkan proses mereka untuk menerima suntikan.

“Syabas saya ucapkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kesihatan Malaysia serta klinik kesihatan swasta dan petugas sukarela yang terlibat menjayakan inisiatif yang cukup baik dan amat membantu rakyat ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok