PM umum RM1.6b untuk Kedah tapi MB kata itu projek lama

May 3, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Negeri Kedah langsung tidak teruja mendengar angka peruntukan RM1.6 bilion yang diumumkan kerajaan Persekutuan untuk negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pengumuman tersebut sebenarnya hanya melibatkan projek-projek pembangunan Kedah yang sudah diumum dan diusahakan oleh kerajaan terdahulu.

“Saya difahamkan projek itu ada projek sambungan, ada projek Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang belum disiapkan dan disambung. Perkara rutin, bukan benda baharu dan kalau beliau bawa datang perkara baharu untuk RM1.6 bilion itu, kita pun nak tau apa?

“Saya taklah teruja sangat sebab semua benda sudah ada dalam jadual. Bila diumum semula bukanlah benda baharu. Kalau umum benda baharu saya nak dengar juga. Datang (hanya untuk) jual benda macam itu bila orang tahu, tak lakulah kedai itu dan kalau orang tak tahu, lakulah,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman, hari ini.

Sebelum ini pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani anjuran kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion untuk Kedah.

Pada masa yang sama, Sanusi mengalu-alukan pandangan Anwar yang bertegas bahawa kerajaan pimpinannya sama sekali tidak akan menganak tirikan empat negeri termasuk Kedah.

“Apakah yang kena diberikan oleh kerajaan Persekutuan dan apakah yang menjadi bidang kuasa negeri? Saya sudah cakap lama, duduk dalam petak (bidang kuasa) masing-masing. Hanya dalam petak yang bersama kita duduklah sekali.

“Saya tiada masalah sedikit pun siapa jadi kerajaan Persekutuan dan siapa kerajaan negeri. Kalau saling hormat bidang kuasa dan fungsi masing-masing tak akan ada apa-apa masalah. Hormatlah sistem yang terbina di negara ini, masing-masing terima pakai yang itu jalanlah seperti biasa.

“Tak perlu ada konsep baharu kalau (kerajaan negeri) sama (diberi layanan) istimewa dan kalau tak sama, tak istimewa. Itu semua di luar undang-undang, perkara yang ini tak patut dilayan kerana tak memberi nilai tambah kepada kemajuan negara ini,” jelasnya.

Beliau sempat mengingatkan kerajaan Persekutuan soal bidang kuasa pusat dalam pengangkutan susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kerajaan perpaduan bakal menyelesaikan isu trip perkhidmatan feri di Pulau Langkawi jika berjaya menakluk negeri itu pada PRN nanti.

“Saya nak maklumkan bahawa perkhidmatan feri, jeti, lesen kereta api dan lapangan terbang 100 peratus di bawah Kementerian Pengangkutan dan kerajaan Persekutuan. Tak perlu tukar kerajaan pun mereka kena buat benda itu. Saya tak tau dia tahu atau tak tahu itu (pengangkutan) memang petak (tugas) dia.

“Kalau saya nak buat petak (tugas) itu tak boleh, kerajaan negeri nak pergi korek laut bagi dalam supaya feri boleh lalu banyak kali, tak boleh sevab petak (tugas) kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri nak buat KXP tak boleh sebab kena (Ada) kebenaran Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Berita berkaitan
Akta pendanaan politik: Anwar lupa agenda reformasi
20 jam lalu· Isu semasa
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
June 4, 2023· Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023· Politik
Siasat Dr M guna Seksyen 124B tidak demokratik : Afif
June 3, 2023· Politik
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
1 jam lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
16 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
16 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
17 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok