PM ucap tahniah kejayaan rangkul gangsa badminton Olimpik 2020

July 31, 2021 · Isu semasa

Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik membanggakan Malaysia walapun hanya memperoleh gangsa dalam acara beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2022 hari ini.

Kedua-duanya meraih pingat itu setelah menundukkan gandingan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam tiga set 17-21, 21-17 dan 21-14, sekali gus mengibarkan Jalur Gemilang di Musashino Forest Sport Plaza di daerah Chofu, Tokyo.

Kejayaan itu menyaksikan beregu nombor sembilan dunia itu berjaya membalas dendam atas kekalahan 16-21, 19-21 di tangan lawan sama pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

Malah, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan adalah pasangan dari Indonesia kedua menjadi ‘mangsa’ beregu negara pada temasya kali ini selepas mereka menumbangkan pasangan nombor satu dunia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad badminton dilakar pada temasya Olimpik Rio lima tahun lalu yang menyaksikan mereka menghadiahkan tiga pingat perak buat negara.

Tiga pingat itu disumbangkan oleh Datuk Lee Chong Wei menerusi acara perseorangan lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).

Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu berkenaan kerana menyumbangkan pingat yang amat diharap serta dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan tanah air.

“Pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang diraih malam ini tentunya mampu menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada atlet-atlet negara yang lain untuk memburu kilauan pingat seterusnya.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasangan Aaron Chia-Wooi Yik, serta barisan kejurulatihan atas sumbangan pingat sulung buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Tokyo ini.

“Buat pasangan muda kita ini, teruskan usaha dan berjuanglah demi negara. Anda telah membuktikan yang negara boleh menaruh harapan kepada anda. Tahniah, anda kebanggaan Malaysia!,” tulis Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook beliau malam ini.

Berita berkaitan
Wanita Malaysia lahir anak di luar negara tak layak dapat kerakyatan
August 5, 2022· Isu semasa
IMF semak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2022 kepada 5.1 peratus
July 27, 2022· Isu semasa
KDN anggar 1.2 juta lebih warga China tidak keluar Malaysia
July 26, 2022· Isu semasa
12 permohonan warga Bangladesh dilulus kerakyatan setakat Jun
July 26, 2022· Isu semasa
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: Hishammuddin tak janji bila kapal bakal siap, mungkin setahun dua lagi
1 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
4 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
3 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok